Daniele Bonera

† Kemunculan (Gol).
Daniele Bonera (lahir 31 Mei, 1981 di Brescia) merupakan pemain bola sepak Itali dan bermain untuk A.C. Milan di Serie A di mana beliau bermain sebagai pemain pertahanan dan memakai jersi bernombor 25.Bonera memulakan kariernya bersama Brescia Calcio, dan membuat kemunculan sulung pada musim 1999/2000, di Serie B. Setelah dua lagi musim hebat bersama Brescia, yang membolehkannya mewakili pasukan bola sepak kebangsaan Itali, di mana beliau membuat kemunculan sulungnya dalam perlawanan persahabatan pada 5 September, 2001 menentang Maghribi, Bonera berpindah ke Parma pada musim 2002/03.Pada 28 Julai, 2006 Daniele berpindah ke A.C. Milan dengan bayaran perpindahan bernilai kira-kira $2.5 juta.Kemunculan sulungnya dalam Liga Juara-Juara UEFA adalah menentang Anderlecht, pada 17 Oktober 2006, di mana beliau menerima kad merah selepas mendapat kad kuning keduanya di minit ke-47 setelah menyepak bola sewaktu pemain Anderlecht menunggu untuk mengambil sepakan percuma. Selepas kurang menyerlah sebagai bek kanan, Bonera ditukarkan ke bahagian bek tengah setelah beberapa pemain pertahanan mengalami kecederaan dan pengambilan Massimo Oddo dari S.S. Lazio pada Januari, yang merupakan pemain bek kanan yang sebenar.Beliau dipanggil oleh Roberto Donadoni untuk Kelayakan Euro 2008 Itali menentang Scotland, perlawanan yang dijadualkan pada 28 Mac 2007, tetapi beliau terpaksa menarik diri kerana mengalami kecederaan.Beliau telah mewakili Itali sebanyak 13 kali.